Album SPI Kedah

Thursday, November 26, 2009

Selamat Tinggal SPI!

26 November 2009- Bak kata pepatah "Nak ditelan termengkelan, nak diludah tak keluar". Keputusan perlu dibuat! Saya perlu menyahut tawaran yang diberikan kerana tawaran ini juga penting buat saya ibarat "orang haus diberi air,orang lapar diberi nasi".26 November 2009, hari terakhir saya bertugas di SPI setelah bertahun di sini.Suasana sentimental pasti dirasai untuk meninggalkan tugas yang sudah semakin hampir menjadi darah daging saya. Namun ibarat kata orang tua "ada biduk serumpu pula", saya perlu terus pandang ke depan. Saya perlu berpegang dengan kiasan Melayu lama 'Bagai air mencari jenisnya". Saya perlu berusaha untuk mencedok seberapa banyak ilmu yang boleh sepanjang saya bercuti ini.

Memegang jawatan bukanlah satu keseronokan tetapi satu tanggungjawab dan amanah yang maha berat.Mengurus dan mentadbir bukannya mudah. Tak semua orang sukakan kita. Percakapan,perbuatan dan tindak tanduk kita sentiasa diperhati. Ada saja perkara yang tak kena yang bakal kita tanggung azabnya. Alhamdulillah, saya taklah tanggung azab yang teruk disini tetapi ada juga perasaan tak senang dan seronok bila mereka yang mengenali kita mengatakan yang mereka kerja di pejabat berlagak. Mungkin ada ,tapi sebahagiannya terpaksa berpegang dengan peraturan-peraturan dan prosedur-prosedur perkhidmatan yang tak dapat dielakkan. Saya sedar sebagai penjawat awam kita perlu akur dengan peraturan-peraturan tetapi ada masa juga kita boleh berbudi cara. Namun kalau mereka yang datang hanya untuk mencari kesalahan dan meninggikan suara, bagaimana nak berbincang.


Saat menyerahkan memo serah tugas kepada Puan Hjh Zainab


Sepanjang di SPI, saya amat teruja dengan gelagat guru-guru P.Islam khususnya j-QAF. Maklumlah sebagai antara orang terawal urus j-QAF ni memanglah tak dapat lari dari 'brand j-QAF'. Macam-macam perangai yang saya tengok.... ada yang ikut saja, ada yang merayu, ada yang senyum saja,ada yang marah-marah, ada yang tak buat apa..... dan macam-macam lagi lah. Tapi yang seronoknya bila saya perah kumpulan guru-guru ni dapatlah hasilnya. Ramai yang berkebolehan tinggi dan berkemampuan. Mereka tak kenal erti penat dan lelah, mereka berusaha dan terus berusaha untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Jika komitmen yang ditunjukkan dapat dikekal dan dipertingkatkan, saya pasti program ini pasti berjaya di negeri ini.

Sebenarnya untuk memperoleh sesuatu kejayaan memanglah sukar dan payah jalannya. Kata orang 'Naik seperti semut, turun seperti ribut’. Sebab itulah saya sentiasa berpegang dengan prinsip 'Jangan berbuat sesuatu tanpa memikirkan bekalan, modal sebagainya sehingga akhirnya kita mendapat kesusahan dan kecewa'. Perancangan yang mantap adalah penting dalam menjadi laluan mencapai kejayaan. Inspirasi para sahabat yang sentiasa memberi pendorong dan motivasi buat saya amat bermakna sehingga saya dapat melaksanakan tugas dengan baik serta dapat membereskan segala program dan kerja. Tanpa pertolongan, bantuan dan dorongan mereka (sahabat) entahlah, mungkin 'saya berjalan bertongkat' yang hanya boleh ditolak dengan jari telunjuk sahaja. Alhamdulillah, saya mendapat sahabat yang cukup ramai ...... lebih-lebih lagi yang sejati dan berbudi pekerti serta tidak tahu erti kutukan. Inilah pentingnya pergaulan,persahabatan dan komunikasi. Jangan bekerja sorang-sorang! Jaga hati kawan!



Terima Kasih! Anda Semua memang hebat!

Dalam bekerja, kita mesti ada matlamat, mesti ada sasaran dan mesti kena berfikir. Kalau tidak jangan bekerja. Jangan pulak mengaku pandai bak kata orang ‘kalau tidak ada helang,belalang pun mengaku menjadi helang”. Kita perlu banyak bertanya,jangan malu dan segan walaupun orang yang kita hendak bertanya itu lebih rendah pangkatnya . Kalau masing-masing dapat bertoleransi, bertukar idea, tidak ego Insya Allah segala kerja yang rumit pasti jadi senang, yang terikat pasti terungkai. Justeru, saya mengajak diri saya dan semua sahabat supaya sentiasa bermuhasabah diri, merenung diri,cerminkan diri apakah kita sudah melakukan sesuatu untuk mencapai sesuatu matlamat yang ditetapkan. Kalau belum, fikir-fikirkanlah!!! Masih ada masa untuk kita berubah……

Di kesempatan ini, saya ingin menghulurkan tangan, memohon ampun dan maaf lebih-lebih lagi besok kita akan menyambut Aidil Adha kepada semua para teman,taulan dan sahabat yang setia bersama-sama saya sepanjang saya di SPI, sanggup penat lelah bersama, susah bersama, gembira bersama,haus bersama dan lapar bersama. Kepada rakan-rakan di PPD, terima kasih atas segala kerjasama dan pertolongan yang diberikan. Terima kasih atas semangat setiakawan anda yang mungkin tak dapat saya lupakan. Kepada semuu rakan-rakan guru khususnya guru-guru B.arab, j-QAF dan GPI, terima kasih atas segala bantuan yang diberikan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya berikan khusus kepada mereka yang sentiasa membantu dan memberi dorongan kepada saya iaitu:

1.Puan Hajah Zainab (KS),Us Ismail Yahya dan rakan-rakan di SPI.

2.Semua Pegawai di PPD khususnya pegawai-pegawai Khas j-QAF yang sentiasa memberi komitmen terhadap tugas walaupun mereka begitu sibuk.

3.Us Jamal Abd.Nasir , Us Abd. Mutalib dan Us Ayob- pendorong utama kerjaya saya.

4.Us Dziauddin,Us Akmal Ahmad,Us Hafiz Hamid,Us Nazri Hashim dan Us Hafni Abd.Halim yang banyak meringankan tugas saya.Merekalah teman yang sentiasa mencurah idea dan membantu saya dalam kerja-kerja yang tak sempat saya siapkan. Merekalah teman yang sanggup menyahut seruan saya baik waktu pagi,petang mahupun malam.

5.Us Ahmad Tarmizi dan Rokhaimi (Langkawi)- dua orang guru yang amat saya ingati kerana menjadi pendorong bidang ICT. Dari Akhi Mizilah saya mula menulis blog.

6.Us Baderuddin Razak,Us Abd Razak Awang, Us Kamaruddin,Us Pisal Mat Isa,Us Fauzi Nasir-mereka yang sentiasa membantu saya dalam pelaksanaan program B.Arab.

7.Us Sahamsudidn, Us Rifae,Us Ishak,Us Alwi,Us Norazam dan Us Nazri Ishak- banyak membantu saya dalam program P.Islam.

8.Semua JLU j-QAF/B.Arab/P.Islam yang tidak kenal erti penat dan lelah membantu saya menguruskan program dan aktiviti.

Pastinya persahabatan akan terus berkekalan dan moga hidup kalian semua sentiasa dirahmati Allah..... Amiin!



BLOG INI AKAN DITUTUP SELEPAS 3MINGGU DARI TARIKH AKHIR POSTING!!!

Monday, November 23, 2009

Bengkel Pelan Strategik 2010!!!

22 Nov 2010- Sehari suntuk semua pegawai Sektor P.Islam berbengkel di Bilik Dahlia kelamrin. Mana tidaknya, dengan masa satu hari sahaja diberikan untuk menyiapkan pelan strategik sektor 2010. Us Pisal dan Us Khairul yang menjadi moderator bengkel ini agak risau sekiranya pelan ini tidak dapat disiapkan apatah lagi mereka bertanggungjawab untuk membentangkannya di hadapan pihak pengurusan JPN hari ini. Namun dengan semangat berpasukan yang jitu dan mantap, pelan ini dapat juga disiapkan dan sekaligus membantu para sahabat untuk membentang pelan ini hari ini. Pelan ini adalah sebagai rangka pelaksanaan program JPN tahun depan. Tujuh matlamat strategik ditetapkan dan diharapkan ianya tercapai sepanjang pelaksanaannya pada tahun hadapan.Terima kasihlah kepada semua pegawai yang bertungkus lumus mengerah keringat dan idea demi memastikan pelan ini dapat disiapkan malah didoakan agar Allah memudahkan segala urusan ketika pembentangan itu nanti.

Friday, November 20, 2009

Program di SABK!




19 Nov 2009-Agak kelam kabut juga saya hari ini kerana ada dua program yang bertindih.Kedua-duanya program SABK. Program pertama di SABK MATA,Pokok Tai yang berlangsung lebih kurang jam 10 pagi. Pada masa yang sama SABK Dar Iktisam juga melalui pengetuanya Us Khubaib beberapa kali menelefon saya agar dapat menyempurnakan majlis perasmian penutupan kursus motivasi untuk pelajar sekolah beliau di Sik. Untuk tidak menghampakan permintaan beliau, terpaksalah saya mengatur masa agar dapat hadir ke dua-dua buah sekolah. Akhirnya saya sempat hadir ke MATA jam 9.30 pagi bagi menyempurnakan Karnival Integrasi 1 Malaysia. Di sekolah ini pelbagai program telah diatur dengan begitu gilang gemilang demi memastikan karnival ini berjaya. Tak sangka pulak sekolah Maahad Tahfiz ini berjaya mengumpul para pelajar dari pelbagai kaum dan menganjurkan banyak aktviti yang boleh mengeratkan perpaduan. Turut hadir barisan guru besar sekitarnya, ketua polis balai Bukit jenun, Tunku Faris dan tetamu yang lain. Tahniahlah saya ucapkan kepada kepada warga sekolah yang berjaya menganjurkan karnival yang meriah begitu rupa. Sayangnya saya tak sempat lama di sini kerana terpaksa bergegas ke Sik pula untuk bersama warga Dar Iktisam. Suasana di si ni berbezalah pula, serius sikit sebab programnya ialah program motivasi. Apa pun seronok juga melihat semangat pelajar-pelajar yang berkobar-kobar nak bercuti. Program ni bolehlah dianggap sebagai pelan untuk pelajar merancang dan merencanakan program di musim cuti sekolah. Terima kasih kepada warga Dar Iktisam yang memberi kesempatan kepada saya untuk menyampaikan ceramah motivasi kepada warga pelajar sekolah mereka.

Tuesday, November 17, 2009

Bengkel Pembinaan Iklim Dini!



17 Nov 2009- Sebaik tiba dari KL, saya terus bertolak ke SP Inn, Sg Petani bagi menyertai rakan-rakan yang lain yang sedang berbengkel. Kali ini Us Ayob sedang berusaha menyedia dan menyiapkan bahan-bahan cadangan untuk digunapakai di sekolah di negeri ini khususnya yang berkaitan dengan Iklim Dini. Kehadiran rakan-rakan lain memberi pendapat dan idea membuatkan bengkel ini bertambah menarik. Banyak idea-idea baru yang dikemukakan oleh ahli bengkel demi memantapkan pelaksanaannya di peringkat sekolah. Us Ayob ketika memberi rumusan terhadap bahan-bahan yang disediakan amat mengharapkan pihak sekolah dapat melakukan yang terbaik demi memastikan penghayatan ugama dan nilai di kalangan pelajar dapat diterapkan. Beliau juga amat berharap agar bahan-bahan yang akan diedarkan ke sekolah-sekolah ini juga akan memberi impak kepada perubahan akhlak dan sahsiah pelajar yang sering menjadi isu ketika ini. Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang bersungguh bekerja dan memberi idea sepanjang 3 hari bengkel ini berlangsung.

Sunday, November 15, 2009

MKQ tetap meriah!!!

Bilik Urusetia... Dulu ingat dok dengan Rokhaimi
Bersama rakan-rakan yang banyak membantu SPI

Dikir Barat....pasti menarik perhatian penonton walaupun ada yang tak faham

Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Negeri Kedah yang berlangsung semalam amat sentimental buat saya. Suasana dan kemeriahannya membuatkan saya teringatkan MKQ yang telah saya uruskan selama 3 kali (2006-2008). Cuma kali ini saya datang tanpa sebarang tugas rasmi, hanya sekadar tetamu jemputan. Semalam saya terpaksa berada dalam masa yang singkat di SMK Gurun kerana saya terpaksa bergegas pula ke Kuala Lumpur. Walaupun saya amat ingin melihat suasana dan perjalanan majlis sehingga tamat namun apakan daya, ada tugas lain yang perlu saya selesaikan. MKQ memanglah merupakan identiti j-QAF. MKQ cermin kepada perkembangan potensi murid j-QAF.MKQ juga merupakan petunjuk kepada kejayaan guru di sekolah. Semalam walaupun saya agak berbanggadan seronok dengan penganjuran serta pretasi para peserta tetapi saya agak terkilan dengan sikap sebahagian guru-guru j-QAF yang langsung tidak menghormati majlis ini. Mereka hanya memakai T-Shirt dan berseliper sahaja ke majlis ini. Ini majlis j-QAF. Majlis ini majlis rasmi, kenapa mereka berkeadaan sedemikian saya pun tak faham. Entahlah dah berapa kali ditegur dan disebut dalam kursus-kursus, sikap mereka masih tak mahu berubah. Mungkin terpaksa menggunakan strategi yang lain pula. Tapi saya percaya Us Abd Somad dan rakan-rakan yang lain pasti dapat melakukan sesuatu untuk menaikkan imej guru-guru j-QAF di mata masyarakat. Apa pun tahniah kepada semua yang berjaya melaksanakan MKQ kali yang meneruskan tradisi Negeri Kedah dari aspek penganjurannya.

Friday, November 13, 2009

Anugerah Kecemerlangan KAA!






12 Nov 2009- Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Kelas Aliran Agama Peringkat Negeri Kedah berlangsung dengan jayanya kelmarin. Anugerah yang pertama kali diadakan ini dihadiri oleh semua pengetua-pengetua sekolah yang mempunyai Kelas Aliran Agama. Antara anugerah yang disampaikan ialah pelajar cemerlang PMR,pelajar cemerlang SPM, sekolah cemerlang PMR dan sekolah cemerlang SPM. Adik Ahmad Yazid b Abd Nasir dari SMK Dato Syed Omar, Alor Setar (gambar dari atas) pula dipilih sebagai pelajar KAA cemerlang dalam anugerah tersebut. Semua hadiah dan anugerah disampaikan oleh Pn Hjh Zainab bt. Md Saman, Ketua Sektor P.Islam.

Wednesday, November 11, 2009

Mesyuarat Berakhir dan Inspirasi SPI!


Bersama dengan Tuan hj Abdullah Saad, Timbalan Pegarah JPN kedah


Gambar-gambar ketika di studio rakaman

11 November 2009- Alhamdulillah.... saya menarik nafas lega sebaik sahaja mesyuarat pengurusan berakhir tengahari tadi. Apa tidaknya, ini adalah tugasan terakhir saya sebagai urusetia mesyuarat pengurusan sebelum saya mula bercuti. Segala-galanya berjalan mengikut jadual dan perancangan, malah kehadiran Tuan Hj Abdullah Saad, Timbalan Pengarah ke mesyuarat ini malam tadi menguatkan lagi motivasi ahli-ahli mesyuarat. Banyak sungguh input yang diberikan oleh beliau dalam usaha untuk memperkasakan Pendidikan Islam. Kalau tak silap saya, hampir satu suku jam beliau memberi amanat kepada para pegawai khususnya dalah hal yang berkaitan dengan NKRA dan juga Pelan Tindakan Strategik 2010. Di kesempatan ini jugalah para pegawai sempat berdialog dengan beliau. Banyak persoalan yang selama ini terbuku di fikiran mereka, sekurang-kurangnya terlerai malam tadi. Mesyuarat yang bersambung pagi tadi juga tak kurang hebatnya dengan banyak rumusan-rumusan untuk kepentingan Pendidikan Islam di negeri ini dibuat. Satu lagi perasaan lega saya ialah dapat juga menayangkan dokumentari khas dalam bentuk DVD mengenai perkembangan P.Islam di negeri ini yang bertajuk 'Inspirasi SPI'. Sengaja saya keluarkan dokumentari ini demi menunjukkan cintanya saya kepada P.Islam dan inilah antara buah tangan saya kepada SPI sebelum meninggalkan SPI. Walaupun masih banyak lagi kekurangan dalam pengeluaran dokumentari khas ini kerana masa yang agak suntuk, saya amat berharap rakan-rakan seperjuangan saya dapat menambah baikkan lagi dokumentari ini untuk kelangsungan perjuangan SPI.

Untuk mendapatkan maklumat mengenai perkembangan Pendidikan Islam di negeri ini, saya terpaksa turun mencari bekas-bekas pegawai yang dah pencen kerana sebelum ini tiada langsung sejarah pengurusan P.Islam direkod dan disimpan. Seorang demi seorang saya hubungi dan Alhamdulillah ada yang maasih hidup dan ada yang telah kembali ke Rahmatullah. Sebab itu rasa syukur saya semakin bertambah apabila berjumpa dengan mereka apabila mendengar jerit perit dan penat lelah mereka untuk memastikan Pendidikan Islam duduk sebaris dan berdiri sama tinggi dengan subjek-subjek lain. Hasil daripada itulah saya mula menulis sejarah SPI serta senarai nama mereka (hampir 40 orang kesemuanya)yang berjuang disimpan dan saya dokumentasikan untuk rujukan para pegawai lain. Kemudian dalam masa yang amat singkat dengan dibantu rakan-rakan yang tak pernah kenal erti penat dan lelah malah sokongan mereka kepada saya amat jitu maka terhasillah dokumentari ini. Terima kasih kepada semua krew-krew yang bertungkus lumus menjayakan dokumentari ini khususnya kepada Us Hafiz (SK Taman Uda) yang sanggup mengorbankan masa beliau selama 5 hari berada di studio rakaman demi memastikan DVD yang dikeluarkan nanti menepati ciri-ciri yang diperlukan. Selain itu terima kasih kepada Us Akmal Ahmad (SK Telok Malek-terima kasih banyak sangat buat kerja untuk saya), Nazri Hashim( SK Anak Tentera-terima kasih kerana sanggup susah bersama saya),Mohd Hafni (SK Wan Abd Samad-terima kasih kerana terpaksa ikut saya ke hulu dan ke hilir ambil gambar),Johari Abdullah (SK Langkawi-sumbangan dalam penyuntingan amat dihargai),Us Dziauddin (PPD KS- tahniah-kerana ambil gambar statik yang berkualiti),Us Norazam(SPI-terima kasih atas strategi)) dan Us Mutalib(SPI-terima kasih bebanyak atas 'story board') di mana mereka sama-sama menyumbangkan kepakaran dan idea dalam menghasilkan dokumentari pendek ini. Terima Kasih Semua!!!